Wednesday, Oct 28 2020

PANDUAN MENGGUNAKAN WEB E-KILANG

Maklumat Asas Pelesen
 
Kemaskini Maklumat Asas Pelesen
 
 
  1. Masukkan alamat premis.
  2. Masukkan alamat surat menyurat.
  3. Masukkan no telefon.
  4. Masukkan no fax.
  5. Masukkan alamat e-mail. Alamat e-mail ini akan digunakan bagi menghantar e-mail kepada pelesen untuk tujuan peringatan atau sebarang pertanyaan.
  6. Masukkan nama pegawai melapor. Pegawai ini adalah orang yang bertanggunjawab menghantar penyata bulanan setiap bulan.
  7. Masukkan nama jawatan pegawai melapor.
  8. Setelah semua maklumat di atas telah dimasukkan, tekan butang "Simpan" untuk menyimpan maklumat.
  9. Sekiranya maklumat
    i.    dapat disimpan, mesej "Maklumat Pelesen Telah Dikemaskini" akan dipaparkan di atas skrin.
    ii.   tidak dapat disimpan kerana ada masalah kemasukan data ke dalam database, mesej "Maklumat Pelesen Tidak Dapat Dikemaskini" akan dipaparkan di atas skrin.
  10. Klik hyper-link "Keluar Ke Menu Penyata Bulanan" untuk pergi ke menu penyata.
Tukar Password
 
Tukar Password

 
 
  1. Masukkan password lama bagi nombor lesen ini.
  2. Masukkan password baru. Password ini hendaklah 8 character dan boleh dicampurkan huruf dan nombor. Jika password yang dimasukkan tidak mencukupi 8 character, mesej "Password baru mesti 8 characters. Cuba lagi." akan dipaparkan di skrin.
  3. Masukkan password baru sekali lagi bagi memastikan password yang dimasukkan adalah betul. Jika password kedua-dua password tidak sama mesej "Password yang dimasukkan tidak sama" akan dipaparkan di skrin.
  4. Tekan simpan untuk menyimpan password baru ini. Jika maklumat tidak dapat disimpan, mesej "Password tidak dapat ditukar" akan dipaparkan di skrin.
Papar Penyata Bulanan
 
Memapar penyata bulanan

 
 
  1. Memaparkan dan menyemak maklumat penyata bulanan yang belum disubmit.
Hantar Penyata Bulanan
 
Menghantar penyata bulanan

 
 
  1. Kesemua maklumat bahagian-bahagian yang telah dimasukkan data akan dipaparkan.
  2. Tekan butang "Submit" untuk menghantar penyata bulanan. Tarikh semasa akan diambil sebagai tarikh submit penyata bulanan.
E-mail Pertanyaan
 
Penghantaran E-mail Pertanyaan

 
 
  1. Masukkan alamat user yang menghantar e-mail. Alamat ini akan digunakan  untuk membalas e-mail yang dihantar.
  2. Masukkan tajuk bagi e-mail ini. Tajuk ini akan dicantum dengan maklumat pelesen iaitu nombor lesen dan nama premis beserta maklumat penyata terkini iaitu tahun dan bulan.
  3. Masukkan kandungan bagi e-mail ini.
  4. Tekan butang "Hantar" untuk menghantar e-mail kepada Seksyen Kilang. Alamat e-mail pelesen akan dicapai daripada data maklumat pelesen. Jika alamat e-mail pelesen tidak di isi, mesej "Maklumat e-mail tidak dimasukkan" akan dipaparkan di skrin. Jika e-mail berjaya dihantar, mesej "E-mail telah dihantar" akan dipaparkan di skrin.
Logout
 
Keluar daripada sistem eKilang.
 

 

Keluar Ke Main Menu