Monday, Aug 03 2020 

PENGUMUMAN
Berkuatkuasa 1 Januari 2020, kadar ses minyak sawit mentah yang perlu dibayar di bawah Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2019 adalah sebanyak RM14.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Sahaja) atas tiap-tiap tan metrik atau sebahagian daripada suatu tan metrik minyak sawit mentah yang dikeluarkan. Dengan pelaksanaan Perintah Ses 2019 ini, bayaran ses suku tahun telah terbatal dan pengilang hanya perlu membayar ses secara bulanan sahaja. Ses perlu dibayar kepada Lembaga tidak lewat dari hari terakhir setiap bulan dalam satu tahun kalendar atas minyak sawit mentah yang dikeluarkan olehnya dalam bulan yang sebelumnya. Pembayaran ses perlu melalui akaun bank CIMB Islamik Malaysia dengan nombor virtual akaun seperti berikut :
Nama akaun : Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Nombor Virtual Akaun : 98-997-333-000-XXX * (3 digit terakhir adalah sama seperti nombor Virtual Akaun yang digunapakai bagi bayaran ses suku tahun)

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan bayaran ses, sila hubungi pegawai MPOB iaitu Puan Nurul Asyikin (03-87694811) (nurul.asyikin@mpob.gov.my) atau Puan Nurul Fara Ain (03-87694697) (nurulfarain.rusdi@mpob.gov.my).

Untuk muat turun borang pembayaran ses Klik sini dan Surat Makluman Cara Pembayaran Ses Klik sini

 

PENYATA BULANAN KILANG BUAH - MPOB (EL) MF 4
Nombor Lesen
Password
 

 

PERINGATAN BAYARAN SES
'PEMBAYARAN SES HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM 28 HARIBULAN SETIAP BULAN BAGI MENGELAK TINDAKAN PENGUATKUASAAN DIKENAKAN'
Di bawah Seksyen 35(4), berbunyi;
"Seseorang yang tidak atau enggan membayar atau membayar sebahagian atau lewat membayar dalam tempoh yang ditetapkan apa-apa ses yang dibawah seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan; boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya"
"Sila abaikan peringatan ini sekiranya anda telah menjelaskan bayaran ses dalam tempoh masa yang ditetapkan. Terima Kasih."